Khairul Aming selebriti masakan, rupanya anak kelahiran negeri Kelantan!

Siapa yang tidak kenal dengan nama Khairul Aming? Video masakannya yang ringkas, lebih-lebih lagi ketika bulan ramadhan ini sangat memudahkan kerja mak-mak di dapur! Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman merupakan seorang instafamous atau selebriti masakan media sosial Malaysia.

Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Khairul Aming, biodata Khairulaming, Khairul Aming biodata, biografi Khairul Aming dan fakta menarik Khairul Aming.

Biodata Khairul Aming

  • Nama sebenar: Khairul Amin Kamarulzaman.
  • Nama komersial: Khairulaming.
  • Umur: 30 tahun (2022).
  • Tempat Lahir: Kota Bharu, Kelantan.
  • Bergiat sebagai selebriti masakan media sosial yang mula menghasilkan video resipi sejak tahun 2016.
  • Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @khairulaming sehingga kini mencatatkan lebih 3.2 juta pengikut pada ketika artikel ini ditulis.

Fakta Menarik Khairul Aming

  • Lebih mesra disapa dengan nama panggilan, Aming.
  • Tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang kulinari, juga asalnya tidak terfikir untuk berkecimpung dalam industi makanan dan minuman (F&B).
  • Terkenal dengan sikap peramah, mulut ‘becok’ dan jenakanya.
  • Video tutorial masakannya disifatkan ramai sebagai unik dan lain daripada yang lain kerana menyelitkan unsur drama dan komedi.
  • Meminati bidang masakan sejak kecil serta gemar menonton program masakan untuk mencuba resipi-resipi yang mudah dan sedap.
  • Membuat video tutorial masakan sekadar suka-suka untuk memenuhi masa lapang selepas pulang dari kerja.
  • Menghasilkan video dengan melakukan kesemua tugasan merangkumi kerja merakam, menyunting video serta menjadi chef – dalam masa sama beliau turut mendapat bantuan daripada empat orang rakannya.
  • Juga aktif menghasilkan filem pendek, video perkahwinan, pengembaraan serta muzik video untuk kumpulan indie.
  • Video tutorial masakannya kelihatan seperti kerja profesional dan berkualiti bak sebuah rancangan televisyen dan bertaraf antarabangsa. Manakala resipi yang dikongsi pula setaraf selebriti!
  • Tontonan video masakan di Instagramnya mencecah sehingga angka jutaan bagi setiap video, selain tular di laman Facebook dan Twitter.
  • Projek ’30 video masakan untuk 30 hari puasa’ kendaliannya merupakan antara yang paling dinantikan netizen setiap tahun apabila menjelangnya Raya Aidilfitri sejak tahun 2018.
  • Antara juadah yang dihasilkan merangkumi main dish, minuman dan pencuci mulut (desserts), seperti daging masak lada hitam, ayam madu, mango bingsu, ayam tandoori, cupcake pisang karamel dan banyak lagi.
  • Ada juga antara resipinya yang tidak menjadi kerana hakikat dirinya yang bukanlah seorang chef serta tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang masakan, hanya berbekalkan minat mendalam untuk mempelajari pelbagai resipi bagi diketengahkan kepada umum.
  • Asalnya pengikut Instagram beliau hanya sekitar 800, namun selepas penghasilan video resipi kini mencecah 2.5 juta pengikut!
  • Video resipi pertamanya adalah hidangan muffin telur.
  • Di kalangan rakan-rakan, beliau dikenali sebagai seorang yang amat ceria, walaupun pada yang tidak mengenali barangkali beranggapan dia seorang yang pemalu seawal perkenalan.
  • Personalitinya di Instagram adalah perwatakannya yang sebenar dalam dunia nyata!
  • Tiga perkataan yang menggambarkan resipi dikongsinya adalah – “mudah, sedap dan menyelerakan!”
  • Terkenal dengan dua tagline iaitu ‘Dapur Lonely’ dan ‘Hey what’s up guys’.
  • Kerjayanya sebagai ‘tukang masak dalam talian’ dikatakan bertitik tolak daripada minat yang mendalam terhadap dunia masakan, digabungkan dengan kemahiran videografi dimiliki.
  • Rakaman video dibuat menggunakan peralatan asas seperti tripod, kamera digital refleks lensa (DSLR) dan lampu untuk pencahayaan.
  • Mendapat idea resipi daripada internet, sebelum mengubah resipi asal tersebut untuk disesuaikan dengan bahan-bahan yang ada di dapur.
  • Kebanyakan resipi yang dikongsi merupakan resipi yang pernah dicubanya sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dahulu.
  • Resipi yang dipaparkan bersifat mudah supaya senang dipelajari umum dalam tempoh masa yang singkat.
  • Menyentuh kehidupan peribadi, beliau menempuh episod pahit apabila bapanya menghembuskan nafas terakhir pada Mac 2020.

BERJAYA MILIKI KILANG SAMBAL SENDIRI DI USIA 29 TAHUN, JUALAN CECAH RM7.5 JUTA

Bermula dengan membuat content masakan untuk dimuat naik ke media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming, kini bukan sahaja dikenali sebagai chef selebriti, malah semakin mengorak langkah sebagai usahawan berjaya.
Menerusi perkongsian di Twitter, Khairul memaklumkan produk sulungnya, Sambal Nyet, berjaya mencecah jualan RM7.5 juta dalam tempoh setahun.
Bukan itu sahaja, kilang pengeluaran sambal itu yang seluas 14,000 kaki persegi telahpun siap dibaik pulih dan beroperasi.
Kata Khairul, biarpun pada mulanya berat hati untuk membangunkan kilang, namun dia mencekalkan hati kerana hasratnya mahu belajar dan memahirkan diri dalam segenap aspek perniagaan serta pengeluaran.
“Sepanjang setengah tahun yang lepas macam-macam silap aku buat. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout dan macam-macam lagi. Tapi dari situ kita belajar. Selepas spend lebih RM1 juta, ini kilang yang beroperasi pada hari ini.”
“Dari segi pembuatan sambal, kita dah berjaya automate lebih dari 50 peratus. Berbekalkan dengan mesin-mesin ni, banyak masa kita dapat jimatkan untuk production,” tulisnya.
Sehingga ke hari ini, Sambal Nyet terus mendapat permintaan menggalakkan setiap hari dan pihak mereka juga sudah meningkatkan penghasilan berkali ganda berbanding sebelum ini.
Kilang operasi sambal Khairul Aming yang terletak di Kelantan – Sumber: Daily Makan
“Fokus kita yang seterusnya adalah membuat preparation untuk bulan puasa dan diharapkan kita dapat cecah jualan 1 juta botol dalam masa yang terdekat.
“Tapi buat masa sekarang, kita masih lagi berhadapan isu harga cili dan bawang yang mahal. Yes, benda ni memang makan margin product setiap hari,” ujarnya berkongsi cabaran yang dihadapi ketika ini.
Bakal mengeluarkan produk terbaharu tidak lama lagi, Khairul meluahkan, penghargaan tidak terhingga kepada pelanggan setianya yang membawanya ke tahap hari ini.
“Saya sangat terhutang budi dengan anda semua dan juga team Sambal Nyet atas sokongan yang berterusan. Tak pernah imagine dapat sampai ke tahap ini,” katanya lagi.

Sumber:

Iluminasi , Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *