Keterlibatan wanita dalam politik dan demokrasi penting untuk capai tatakelola yang inklusif. Di Kelantan, meskipun dah ada kemajuan dalam berbagai aspek pemerkasaan wanita, masih ada cabaran besar dalam memastikan keterlibatan aktif wanita dalam proses politik. Kami akan cuba bincangkan keterlibatan wanita dalam politik dan demokrasi di Kelantan, dengan melihat aspek cabaran yang dihadapi dan peluang untuk mencapai kesetaraan gender yang lebih baik di sana.
Kelantan yang dikenal dengan tradisi budaya dan agama yang kuat, menghadapi cabaran dalam mengatasi stigma buruk gender dan norma tradisional yang melarang keterlibatan wanita dalam politik. Ia telah menjadi norma masyarakat di sana wanita hanya terlibat dalam urusan rumahtangga, keadaan ini mengurangi keterlibatan wanita dalam politik. Untuk mengatasi perihal ini, kita perlukan promosi kesetaraan gender.
Salah satu halangan utama adalah rendahnya wakil wanita dalam politik dan entiti yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan di Kelantan. Rendahnya perwakilan wanita dalam posisi-posisi ini membatasi kemampuan wanita untuk mempengaruhi proses demokratik. Mengatasi masalah ini memerlukan langkah-langkah afirmatif, seperti kuota gender untuk memastikan representasi yang lebih baik bagi wanita dalam politik.
Faktor-faktor sosial ekonomi, termasuk akses terbatas terhadap pendidikan dan peluang ekonomi, memberi impak keterlibatan wanita dalam politik. Kemiskinan, keterbatasan sumber, dan akses yang tak seimbang terhadap jaringan politik dapat menciptakan tembok bagi wanita yang ingin aktif secara politik.
Malaysia sedang cuba mempromosikan kesetaraan gender dan keterlibatan wanita dalam politik. Undang-undang Kesetaraan Gender dan Konvensi tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Perempuan (CEDAW) jadi dasar untuk mengatasi diskriminasi gender dalam representasi politik. Kerangka kerja ini dapat dimanfaatkan untuk menciptakan lingkungan yang memungkinkan keterlibatan politik wanita di Kelantan.
Kelantan memiliki masyarakat yang aktif dengan berbagai gerakan akar umbi dan organisasi wanita yang memperjuangkan kesetaraan gender dan pemberdayaan wanita. Gerakan-gerakan ini menyediakan platform bagi wanita untuk menyuarakan suara mereka, meningkatkan kesedaran, dan menggerakkan tuntutan hak-hak mereka. Kolaborasi antara masyarakat dan kerajaan dapat meningkatkan impak dari gerakan-gerakan ini.
Merujuk laporan Global Gender Gap Report, 2020 (GGGP 2020) dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebuah pertubuhan antarabangsa mengeluarkan ranking indeks pembabitan wanita dalam empat perkara, iaitu penyertaan dan peluang ekonomi, pencapaian pendidikan, kesihatan dan kelangsungan hidup serta penyertaan dalam politik.
Ranking ini dikeluarkan berdasarkan pencapaian 153 negara.
Melalui laporan itu, Malaysia berada pada kedudukan ke-97 (64 peratus) dari segi penyertaan wanita dalam sektor ekonomi, diikuti pencapaian pendidikan pada kedudukan ke-86 (99 peratus), kesihatan dan kelangsungan hidup pada kedudukan ke-84 (97 peratus) dan penyertaan dalam politik pada kedudukan ke-117 (11 peratus).
Jika dilihat, pencapaian Malaysia dalam kesaksamaan berpolitik terlalu rendah dan ketinggalan jika dibandingkan negara kurang membangun lain seperti Cuba, Peru dan Kenya, malah Ghana yang mencapai kemerdekaan pada tahun sama sekarang berada pada kedudukan ke-107.
Situasi ini aneh apabila wanita menerima peluang hampir sama dengan lelaki dalam aspek pendidikan dan penyertaan dalam sektor ekonomi di negara ini.
Sudah tuntutan dari Muslimat PAS Kelantan
Dewan Muslimat Pas Kelantan harapkan lebih ramai wanita diberikan peluang sebagai calon sekurang-kurangnya di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Timbalan Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, bagaimanapun perkara itu terserah kepada pucuk kepimpinan tertinggi di peringkat negeri dan pusat untuk membuat keputusan berdasarkan Majlis Syura Ulamak Pas.
Menurutnya, perkara itu juga perlu mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan daripada rakan-rakan parti gabungan dalam Perikatan Nasional.
“Setakat ini, Kelantan belum pernah tidak ada calon wanita dan kalau lebih banyak yang akan bertanding adalah lebih baik. Sekarang ini, ada dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), dua Ahli Parlimen dan seorang senator. Kalau dapat ditambah menjadi tiga ADUN, itu satu pencapaian yang besar,” katanya selepas Majlis Pelancaran Dasar Anak Yatim Islah Kelantan dan Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) Muqarrabun Kelantan
Bagaimanapun, Mumtaz berkata, menetapkan calon di satu-satu kerusi pilihan raya bukan hal mudah, namun beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan pemilihan calon yang terbaik.
“Kesukaran juga dialami wanita yang perlu bersaing dengan ramai calon lelaki. Apa-apa pun, kami di peringkat jentera akan terus bekerja dan memberikan khidmat tanpa mengira sesiapa pun calonnya,” ujarnya.
Impak wanita akan positif dalam politik
Meningkatkan keterlibatan wanita dalam politik dan demokrasi di Kelantan memerlukan satu azam yang benar-benar kukuh. Apa yang paling penting dalam demokrasi adalah ‘perwakilan’ – segmen wakil rakyat wanita nampaknya masih terlalu rendah, dan hal ini perlu diperbaiki untuk mengukuhkan demokrasi di Kelantan. Kami percaya, sekiranya lebih ramai wanita diberikan peluang, akan ada impak positif yang akan berlaku.