“Penduduk Kelantan boleh tonton Netflix, tidak perlu pawagam” – Mohd Amar

PETALING JAYA : Penduduk Kelantan boleh menonton Netflix, justeru dasar PAS melarang pembukaan pawagam di negeri itu tidak menjadi isu, kata Mohd Amar Abdullah.

“Di Kelantan, rakyat sendiri tidak bising tentang isu pawagam. Tak ada (isu) bagi mereka. Sebab mereka boleh tengok, macam saya sebut tadi, dalam Netflix. Netflix ini you boleh tengok semua,” kata timbalan menteri besar Kelantan itu.

“Jadi kenapa you perlu pergi duduk bayar duit di pawagam apa semua, satu jam dua jam? You duduk rumah sambil makan kuaci pun you boleh tengok. Cuma timbul isu pawagam ini bila ada filem Mat Kilau saja.

Beliau yang juga naib presiden PAS, mempertahankan tindakan Pemuda PAS menonton filem ‘Mat Kilau’ di pawagam di Kuala Lumpur sebagai bukti parti itu tidak menyekat hiburan sekiranya ia baik dan tidak bercanggah syariat Islam,” Harakahdaily melaporkan

Katanya, sejak zaman Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti itu telah berbincang panjang perihal pawagam dengan serta suasana Kelantan sebelum memutuskan tiada keperluan untuk pawagam di negeri itu.

Beliau menjelaskan, pilihan hiburan tersedia secara meluas dan beralih kepada era digital di mana ianya telah berada di hujung jari.

Beliau berkata di luar Kelantan, banyak pawagam ditutup, tetapi itu tidak menjadi halangan untuk orang ramai mencari saluran hiburan lain.

“Tiba-tiba, dia ada orang yang ambil kesempatan (dasar tiada pawagam di Kelantan) untuk jadikan isu politik. Kebetulanlah dekat pilihan raya kan?” sindir beliau yang juga ADUN Panchor.

Sumber: Free Malaysia Today 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *