Kelantan United FC rehatkan pemain terbabit kes rogol

Kota Bharu: Kelantan United FC mengesahkan pemain bola yang dikaitkan dengan kes rogol remaja baru-baru ini adalah pemain pasukan mereka.

Ketua Pegawai Operasi Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz, berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan.

“Kelantan United FC sedia maklum dengan dakwaan yang tular dan mengesahkan kes yang disabitkan adalah pemain kami.

“Pihak Kelantan United FC memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa dan menunggu laporan penuh berkenaan kes yang didakwa terhadap pemain berkenaan.

“Kita sentiasa mendukung undang-undang negara dan berpendirian tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan tidak bermoral oleh mana-mana pihak di dalam kelab,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, Kelantan United FC tetap berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Maka, selepas berjaya dibuktikan, satu tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang dan terma yang dipersetujui dalam kontrak.

“Justeru itu, pemain terbabit direhatkan dari menyertai sesi latihan pasukan dan perlawanan Liga Premier sehingga dimaklumkan kelak,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemain bola sepak di Kelantan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan .

Muhamad Zaki dilaporkan berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, 29 Mei lalu selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 18 tahun.

Katanya, mangsa yang juga jurujual kain dan tudung mendakwa berada di rumahnya di sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada 12.30 tengah sebelum dirogol.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *