Ini asal usul gelaran nama ‘Nik’ dalam kalangan masyarakat Melayu Kelantan

Selain daripada Wan dan Megat, nama keluarga Nik juga merupakan salah satu nama yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.

Terdapat banyak di negeri Kelantan dan di negeri-negeri di kawasan selatan Thailand seperti di Pattani dan Narathiwat, pemilik nama Nik ini sebenarnya memiliki sejarah mereka sendiri. Di antara pemilik nama Nik yang popular adalah Allahyarham Nik Aziz Nik Mat yang merupakan seorang bekas Menteri Besar Kelantan.

Terdapat pelbagai teori tentang asal usul nama Nik ini. Salah satunya mengatakan bahawa keturunan Nik ada  dua jenis iaitu keturunan yang diberi gelaran atau pangkat oleh raja-raja zaman dulu kala atau dikira keturunan bangsawan atau pembesar.

Di dalam masyarakat tradisional Kelantan, nama pangkal Nik melambangkan status sosial yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat di mana nama pangkal Tengku berada pada kedudukan teratas dengan diikuti oleh Nik.

Selain itu, nama-nama pangkal lain seperti Tuan, Wan, Raja dan Che juga, turut digunakan di Kelantan tetapi tidak sebanyak bilangan Nik. Oleh yang demikian, orang Melayu yang memiliki pangkal nama Nik, 99.9% boleh dikesan susur galur mereka yang dari negeri Kelantan walau mereka tidak menetap atau dilahirkan di Kelantan.

Selain itu, pangkal nama Nik juga diberikan kepada anak hasil perkahwinan kerabat diraja lelaki dengan wanita yang tidak berdarah kerabat, tidak kira walaupun ayah bergelar Raja, Tengku ataupun Tuan.

Bila sudah berkahwin, gelaran yang akan diberikan kepada anak-anak adalah seperti berikut :

  • Tengku (lelaki ) berkahwin perempuan biasa = Tengku.
  • Tengku (perempuan) berkahwin lelaki biasa = Nik atau Tengku
  • Raja (lelaki) berkahwin perempuan biasa = Nik atau Raja
  • Raja (perempuan) berkahwin lelaki biasa = Nik
  • Nik (lelaki) berkahwin perempuan biasa =Nik
  • Nik (perempuan) berkahwin lelaki biasa = tiada
  • Tuan/Wan/Che (lelaki) berkahwin perempuan biasa =Tuan/Wan/Che
  • Tuan/Wan/Che (perempuan) berkahwin lelaki biasa =Nik/Tiada/Tiada

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *