Mari belajar buat Kuih Beko Kelapa asli dari Kelantan!

Dah nak dekat raya ni, jom kita cuba buat kuih beko kelapa asli dari kelantan!  Dalam kuih beko ini berisi kelapa, kalau korang makan luarnya rangup dan dalamnya lembut dan berlemak. Sedap dimakan panas-panas kerana inti kelapa itu cair dalam mulut. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed di Facebook.

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan kelapa muda parut
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak ( untuk sapuan pada acuan)
Sumber: Nor Azliza Mohamed

CARA PENYEDIAAN

  • Campurkan semua bahan kecuali minyak.
  • Kacau sehingga sebati bancuhan tersebut.
  • Tuang air sedikit demi sedikit.
  • Panaskan oven 200°.
  • Oles minyak ke dalam acuan dan sudukan adunan. Bakar dalam 20 hingga 25 minit sehingga sedikit keperangan.

Semoga dengan resepi ini, anda semua dapat menikmati juadah tradisional turun temurun negeri Kelantan ini! Selamat mencuba!

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *